Friday, 26 May 2017

“HIDUP KAMI SUAMI ISTERI BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT DAN DOSA”


“HIDUP KAMI SUAMI ISTERI BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT DAN DOSA”



“HIDUP KAMI SUAMI ISTERI BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT DAN DOSA” SEMOGA KISAH KAMI MENJADI PENGAJARAN KEPADA SEMUA..
Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)
Wanita ini berkongsi kisah hidupnya dengan suami yang bergelumang dengan maksiat dan dosa. Tetapi, hidayah itu datang dariNya dan tidak mengira sesiapapun. Wanita ini telah berubah dan perlahan-lahan kembali ke jalan Allah.
Benar kata orang, lelaki yg baik untuk wanita yg baik dan lelaki yg jahat untuk wanita yg jahat. Perkahwinan aku tak seindah yg aku impikan. Aku berkenalan dengan suami dalam keadaan yg kotor. Penuh dengan maksiat dadah dan dosa. Dunia kami indah bagaikan semuanya milik kami.
Dadah arak club malam menjadi makanan harian kami. Tiga tahun berlalu dengan pantas. Kami menghalalkan perhubungan kami. Dengan izin Allah kami dihadiahkan permata hati pertama. Ya aku syg kan anak ku seperti nyawaku. Aku mula berubah. Mula berubah untuk anakku. Suamiku ? Masih kekal dengan dunianya. Bahkan semakin teruk tengelam dgn dunia dadahnya.
Dia cari aku bila perlu dan buang aku bagaikan sampah bila bosan. Sepak terajang menjadi satu kebiasaan. Aku? Sabar. Anak penguat hati aku. Bertahun berlalu. Aku melahirkan anak ketiga. Aku mula berhijab. Suami kata jangan munafik. Angat-angat tahi ayam! Aku? Sabar Allah itu ada. Aku buang segala pakaian yg tak cukup kain semua. Aku mula istiqomah. Ya berubah mmg mudah tp istiqomah itu susah kerana org sekeliling memandang serong pd diri ku. Aku? Sabar. Allah ada. Suami? Kekal dengan dunianya.
Hari-hari aku kesedihan. Allah memberi setiap petunjuk bila hati ini gelisah. Ya setiap kali suami dengan perempuan lain, Allah perlihatkan jalan utk aku. Hari-hari aku terluka. Aku redha. Mungkin ini balasan pada aku atas segala kesalahan lampau aku. Anak membesar. Anak anak penguat hati aku. Aku lalui semua dgn senyuman utk anak anak aku. lepas 6 tahun belalu dengan pantas.
Aku mengadung anak ke 4. Suatu malam Allah tunjuk kuasanya. Phone suami berbunyi “sayang” call. Aku angkat dengan hati yg kosong. Tanpa rasa. Tanpa marah tanpa dendam. Ya seorang perempuan, aku hulur kan fon pd suami dgn berkata “buah hati awak call” dengan langkah perlahan aku ambil anak kecilku dan bergurau senda dgn nya. Suami letak fon dan perhatikan aku.
Dengan perlahan dia dakap tubuh ku. Aku kaku. Keluar di mulutnya “tiada lagi ke sayang awak pd saya” aku? Hanya mampu membisu. Senyum aku ukirkan. Hati aku kosong. Jiwa aku hancur. Suami menangis melutut meminta ampun segala silapnya. Aku berdiam. Hati isteri mana mampu tahan. Ku dakap dia erat. Ya Allah, sungguh aku rindu akan suamiku. Aku redha dengan segala apa yg terjadi.
Hari berganti hari, suami mula berubah. Tiada lagi dadah, tiada lagi maksiat. Tiada lagi sentuhan kasar. Tiada lagi dosa dia dimata ku. Dan harini sepuluh tahun berlalu dengan pantas, anak-anak penghibur harinya dan dia menjadi imam disetiap solatku.
Terima kasih ya Allah
Sungguh besar hikmah atas segala kesabaranku.
Wahai isteri, andai syg akan rumahtangga yg kita bina makan bersabarlah. Kerana ALLAH ITU SENTIASA ADA.
AS SALAM


Thursday, 25 May 2017

Jangan berseluar dalam / berbikini bila di depan anak, tiada istilah 'anak masih kecil tak tahu apa-apa'

Jangan berseluar dalam / berbikini bila di depan anak, tiada istilah 'anak masih kecil tak tahu apa-apa'


"Budak lelaki itu kata, semasa dia kecil, dia selalu ternampak bapanya pakai seluar dalam di depan matanya selepas mandi. Ibu dan bapa fikir anak kecil lagi, tetapi mereka tidak sedar yang perbuatan mereka itu tersimpan dalam minda separa sedar anak-anak mereka. 

"Nak dijadikan cerita, apabila dia sudah meningkat usia remaja, dia terdedah dengan video pornografi. Anda semua pun tahu bahawa video lucah ini boleh menyebabkan ketagihan. Dah tonton sekali, akan tonton lagi berkali-kali. Bila tengok yang biasa, beralih pula ke hardcore s*x sehinggalah mencari video lucah sesama jantina. 

"Pada awalnya dia berasa janggal, namun lama-kelamaan rasa biasa dan condong ke arah itu. Bila sambung belajar ke sekolah berasrama, dibuli pula oleh rakan. Disuruh berbogel dan melakukan onani di hadapan pelajar senior. Mentalnya dibuli. Tetapi lama-kelamaan, ia menjadi perkara biasa dan dia semakin biasa melakukannya. 

"Bayangkanlah, dia pernah tengok bapanya berbogel semasa kecil, kemudian ketagih dengan video lucah sesama jantina sehinggalah dibuli seperti itu. Rasa-rasanya apa yang akan terjadi pada remaja ini di kemudian hari?" soal rakan yang membuatkan saya terasa sedih. 

"Adakah adik itu akan terlibat dengan gejala homoseksual?" saya menyoalnya kembali dan jawapan yang diberikan, "Ya!" 

Kawan-kawan yang baik hati, ini adalah salah satu kisah menyayat hati yang berlaku kepada remaja di luar sana. Masyarakat hanya melihat output; gay, lesbian, pengkid, biseksual, zina. Namun di sebalik semua itu tersimpan memori silam yang kompleks untuk dirungkai. 

Sebagai ibu bapa alaf baru, banyak yang perlu kita pelajari dan jaga. Benar, mereka anak kita namun ia bukan syarat untuk kita berbogel atau separa bogel di hadapan mereka. Aurat antara kita dan anak-anak perlu dititikberatkan. 

Jangan hanya berseluar dalam dan berbikini sahaja bila berada di depan anak-anak. Apa kita fikir rumah itu sama seperti pantai Los Angeles? 

Tuan puan yang disayangi, umum tahu anak kecil akan meniru apa sahaja yang mereka lihat. Segala perilaku ibu bapa mereka akan dipamerkan kembali oleh anak-anak. Anda pemarah, mereka akan cepat marah. Anda suka memukul mereka, mereka akan memukul orang lain pula hatta anda melakukan hubungan intim antara suami dan isteri pun mereka akan ikuti  

ni kisah benar tuan-tuan. Kami pernah mengendalikan kes murid darjah dua yang melakukan hubungan intim (bercumbu dan meraba) dengan rakan sekelasnya di kala mereka baru berusia 8 tahun. Rasanya apa yang adik ini lakukan asbab nasfu atau hanya mencontohi perilaku ibu dan bapanya? 

Setelah disoal-siasat, rupa-rupanya adik lelaki ini biasa melihat ibu dan ayahnya bercengkerama di rumah tanpa malu. Dia melihat dan memerhati tindakan ibu bapanya. Menurut bapanya, itulah cara dia menunjukkan kasih sayang kepada ibunya. 

Kata-kata itu dikunci kemas dalam fikirannya. 

"Saya suka dia, ini cara saya tunjukkan kasih sayang kepadanya," kata murid itu mengulangi kata-kata bapanya itu. 

Innalilahi wainna ilaihi rajiuun.

Ibu bapa, caknalah perkara ini ya. Jangan sesekali kita tanamkan mindset, 

"Tak apa, anak masih kecil lagi. Mereka tidak tahu apa-apa," 

Sudahlah anak diberi gajet seawal usia bayi. Setelah diberi, tidak dipantau pula oleh ibu bapa. Anak kecil ini hanyut dengan dunia YouTube sehingga mereka menonton video yang tidak berpakaian. 

Nak menjadi ibu bapa bukan perkara yang mudah. Segala ilmu untuk mendidik anak-anak perlu dipelajari. Fungsi tubuh badan juga perlu dijelaskan dengan baik kepada anak oleh ibu bapa. Ikut tahap umur anak. Fungsi zakar dan faraj perlu diberitahu. Ini tidak, zakar dan faraj pun ditukar kepada istilah yang lain seperti burung dan pepet. Allahu, ia tidak lucah, ia proses mendidik anak-anak.

Tuan puan, soal buli di asrama, kita kena akui ia berlaku. Baik di sekolah biasa atau di sekolah aliran agama. Jika dahulu hanya sekadar dibuli basuh baju pelajar senior, kini ia ditransformasikan ke satu tahap yang dahsyat iaitu dibuli dalam bentuk seksual. 

Ibu bapa semua pun ambil tahu tentang isu pelajar asrama yang melakukan buli luar tabi'e kepada rakannya. Jika diulas isu ini, nanti kena saman pula. Takdir tuan-tuan. 

Ibu bapa  di luar sana, ketahuilah bahawa anak-anak adalah tanggungjawab kita bersama. Gali lagi ilmu, pratikkan. Mudah-mudahan anak kita terhindar dari zina, homoseksual, seks luar tabi'e, pedofil dan yang sewaktu dengannya. 



'Disebabkan produk-produk ini, bayi puan mengalami masalah buah pinggang' - Doktor

'Disebabkan produk-produk ini, bayi puan mengalami masalah buah pinggang' - Doktor


Salam. Alhamdulillah puteri saya sudah discharge wad semalam sebab demam panas, mungkin musim agaknya. Jadi saya nak cerita sikit kejadian semasa di hospital baru-baru ini yang boleh ibu-ibu semua ambil sebagai pengajaran. 

Di hari kedua waktu petang, saya temankan anak di wad itu. Di sebelah katil anak saya ini, masuklah seorang bayi comel, baru berusia lima bulan. Menurut si ibu, bayinya dimasukkan ke wad kerana demamnya dah enam hari tidak kebah dan tidak aktif sangat sehingga berat badan susut dari 7 kg ke 5 kg lebih sahaja. 

Keesokannya, seperti biasa, doktor pun datang buat soal siasatlah pada si ibu seperti mana yang dilakukan pada ibu bapa pesakit yang lain. Ditanya ada bagi anak makan apa-apa,  ada bawa anak pergi travel ke apa. Semua mak dia jawab tak ada. 

Kemudian sampailah satu point doktor itu tanya pada si ibu ada tak ambil/makan sebarang jamu atau pil tambahan. Mula-mula si ibu kata dia tak ambil, kemudian ketika doktor pakar datang dan tanya dia sekali lagi soalan yang sama. 

"Puan ada ambil pil atau jamu?" soal doktor pakar. 

Selepas puas didesak, barulah si ibu mengaku yang dia ada mengambil satu produk pemutih kulit dan satu produk kurus sebab nak kuruskan badan seperti dulu.

Pengakuan si ibu membuatkan doktor pakar itu terus terdiam dan ditenungnya muka si ibu. 

"Puan tak kasihan ke pada anak puan? Disebabkan ambil produk-produk ini, bayi puan yang menerima risikonya. Kami mendapati anak puan ada masalah buah pinggang sebab selepas ujian urine FEME, kami tengok urine anak puan ini kotor," jelas doktor pakar. 
Si ibu terkejut. 

"Saya makan sebab semasa beli, saya ada tanya pada penjual kalau breastfeeding anak lima bulan, boleh makan atau tak? Penjual itu kata boleh dan sebab itu saya consume," katanya. 

Si ibu kemudian diberi ceramah sepenuhnya sehingga si ibu rasa nak menangis. Maklumlah dia masih muda, usia awal 20-an dan bayi itu pula adalah anak sulungnya. 

Jadi pengajarannya di sini ialah, siapa-siapa yang ada bayi berusia di bawah 6 bulan, tak kisahlah fully breastfeeding atau sulam-sulam formula milk pun, tolong sangat-sangat fikir kepentingan anak sebelum consume sebarang jenis produk. 

Memang gebu gebas, kurus langsing kita yang terima orang puji melambung. Tetapi tahu ke apa kesannya pada anak kita? 

Seperti kes bayi tadi, ibu dia consume produk seperti itu sehingga air dalam badan bayi itu kurang disebabkan produk panas dan badannya terpaksa curi air dari simpanan buah pinggangnya. Dan disebabkan itu juga bayi berisiko mengalami kegagalan buah pinggang. 

Jadi tolongkan ibu-ibu sekalian, fikir tentang kesihatan anak kita dulu. Biar kita gemuk seperti badak, biar hitam seperti bontot kuali sekalipun asalkan anak kita membesar dengan sihat. Nanti bila anak dah besar, consumelah klorok sekalipun, tiada sesuapa yang nak membebel pada momies semua, tahu?

Paling penting, jangan percaya bulat-bulat pada sellersebab mereka ini kadang-kadang bukan ada anak lagi atau belum kahwin lagi. Sebab itu pandai-pandai saja cakap boleh semua sebab anak kita sakit,  bukan mereka yang akan beri ganti rugi pun. Kita juga siang malam asyik berfikir apa yang akan terjadi.

Maaf, panjang sikit bebelan kali ini sebab tak sanggup tengok anak-anak yang tidak berdosa terus menjadi mangsa kepada mak dan ayahnya sendiri


Monday, 22 May 2017

Orang Berpusu-Pusu Untuk Melihat Pelakon Utama “The Queen underwear”...Patutlah ramai yang nak tengok sangat!!!

Orang Berpusu-Pusu Untuk Melihat Pelakon Utama “The Queen underwear”
Orang Berpusu-Pusu Untuk Melihat Pelakon Utama “The Queen underwear” Di Set Penggambaran (6 Foto).Filem “Pinggang 56” oleh pengarah Vu Ngoc Dang Dong Thap ditembak membuat penduduk di sini ingin tahu berpusu-pusu ke lihat “The Queen underwear” bertindak.
Pinggang 56 oleh Ngoc Trinh pengeluar wang dan protagonis, pengarah Vu Ngoc Dang mempunyai segmen di wilayah barat. Populariti kaki yang panjang 9X membuatkan orang tertanya-tanya berpusu-pusu untuk melihat.
Anak-anak kapal bergelut untuk menjaga ketenteraman, tetapi kerana mereka gembira kerana semangat penonton Dong Thap itu. Mereka hadir dari pagi hingga ke malam untuk melihat Ngoc Trinh dan pelakon lain penggambaran.
Pinggang 56 berkisar kehidupan Ngoc Trinh dari kawasan luar bandar untuk masa untuk Saigon. Di rumah, orang boleh membentuk kehidupan keras, pertanian keluarga, dia mahir dalam bidang. Orang berpusu-pusu untuk melihat Ngoc Trinh studio penggambaran
Walaupun ada syarat tetapi berkembang Ngoc Trinh masih sangat cantik. Terutamanya menjadi seorang remaja, dia mula ingin tahu, mencari diri sendiri.
“Ratu perubatan dalaman” mempunyai adik perempuan yang cantik Tu Vi. Kedua-dua sangat intim dan biasanya dua kongsi segala-galanya.Dalam filem itu, terdapat adegan mandi Ngoc Trinh untuk 2 kanak-kanak. Dibesarkan di kawasan luar bandar tidak seharusnya keberatan meletakkan dalam anak kecantikan.
Pada masa ini, filem ini masih dalam proses untuk memulakan penggambaran. Ketelitian Vu Ngoc Dang digabungkan dengan tahap permainan Ngoc Trinh telah berjanji untuk menarik penonton